Friday, May 17, 2013

Kisah benar- 22 soalan vs 1 soalan (kristian vs Islam)

Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melalui sebuah gereja. Pemuda kristian telah mengajak pemuda arab masuk ke dalam gereja walaupun agak keberatan tetapi ia masuk jugak dan duduk disalah sebuah kerusi di dalamnya.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.’

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ‘ Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya, ‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’ Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ Pemuda arab itu berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’

(Al-Isra’: 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’

(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’

(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’

(Al-An’am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’

(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’

(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan

terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’

(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..’

(Al-Anbiya’:69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, ‘Apakah kunci syurga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’

Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda. ‘

Paderi pun berkata, ‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ‘

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.




Thursday, May 16, 2013

Melayu Singapura Ditekan, Dipinggir dan Ditindas.

Contemporaryzulkiply menulis "KUALA LUMPUR, Sept 22 - Jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sebagai nakal, tidak wajar dan tidak diperlukan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula memulangkan paku buah keras dengan mempersoalkan balik mengapa orang-orang Melayu di Singapura dipinggirkan sehingga tidak ada status sama sekali.

DrMKuan Yew mendakwa orang-orang Cina di Indonesia dan Malaysia dipinggirkan secara sistematik. 

Dalam kecamannya terhadap kenyataan Kuan Yew itu, Dr Mahathir mengulangi lagi penegasannya sebelum ini bahawa orang-orang Melayu Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas. 

"Cuba adakan siasatan bebas, kenapa orang Melayu tertinggal di Singapura. Bukan mereka kurang daripada orang Melayu di Malaysia tetapi mereka telah ditekan, dipinggirkan dan ditindas. 

Itulah kerajaan yang diasaskan oleh pendapat Lee Kuan Yew, Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata. 

Menurut Dr Mahathir, tidak ada negara lain yang yang melakukan apa yang diperlakukan oleh Singapura terhadap orang-orang Melayu di negara itu. 

Kita juga boleh tanya apa kedudukan orang Melayu di Singapura, kenapa mereka tidak dibenarkan dalam tentera memikul senjata atau pun dilatih menggunakan senjata. Kenapa orang Melayu di Malaysia ini begitu cekap dalam bidang tentera tetapi di Singapura, tidak dapat pegang jawatan tinggi. 

Kenapa orang Melayu dipinggirkan sehingga mereka tiada kedudukan sama sekali. Ini dilakukan dengan sengaja oleh Singapura. Tidak ada negara lain yang membuat tindakan yang semacam itu,kata Dr Mahathir. 

Beliau membidas kenyataan Kuan Yew itu dan menyifatkan Menteri Mentor Singapura itu sebagai angkuh dan tidak tahu menghormati negara-negara jiran. 

Kuan Yew berlagak angkuh kerana beliau merasa beliau berada dalam kedudukan yang begitu kuat, kata Dr Mahathir.

Dia (Lee) berasa dia kuat, dia dah jadi sombong, dia pun tak hairan dengan jiran-jiran. Itu sebab dia sengaja bangkitkan perkara itu sedangkan dia tahu ini adalah perkara yang sensitif di dalam negara kita, katanya. 

Dalam kenyataan pada forum sempena mesyuarat Bank Dunia - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Singapura, Kuan Yew berkata, Singapura memerlukan kerajaan yang memiliki keberanian dan kemahiran untuk mengatakan ‘tidak’ kepada negara-negara jirannya yang lebih besar dan didominasi penduduk beragama Islam. 

Beliau mendakwa, Indonesia dan Malaysia meminggirkan mereka secara sistematik orang-orang Cina yang bekerja keras dan berjaya kerana mempunyai masalah dengan mereka. 

Kedua-dua negara itu, kata Kuan Yew, mahu Singapura menjadi pak turut seperti orang-orang Cina di negara mereka. 

Dr Mahathir berkata, dakwaan Kuan Yew itu tidak benar kerana terdapat orang-orang Cina yang memegang jawatan tinggi, contohnya di dalam tentera. 

"Orang Cina di sini dapat masuk tentera sehingga pegang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya. Tetapi (bagaimana pula) orang Melayu di Singapura, dia punya pendapatan per kapita berbanding dengan orang Cina di Singapura, cuba bagi tau". 

Dr Mahathir juga mengingatkan Kuan Yew supaya jangan merasa begitu bangga dan puas hati dengan apa yang dikatakannya. 

"Awak jaga periuk nasi awak sudahlah. Awak tak laku, awak pun bukan bijak sangat. Dalam satu kumpulan yang kecil, mungkin awak nampak bijak. 

(Tetapi) bila dia pergi China. Orang Cina di sana pun tidak akan dengar. Orang China pun tak pandang hormat kepada dia kerana dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia, katanya 


-ah dari Harakahdaily

Thursday, May 9, 2013

Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan mari kita bincang pasal kebodohan pula

.
1. tak percaya keputusan
pilihanraya? abah ko menang
majoriti 20,000-40,000 boleh
percaya ke? mak tiri ko menang
majoriti 60,000 pun pakai kotak
undi luar hantar pakai
helikopter? apa pekak sangat
telinga ko tak boleh dengar
helikopter terbang atas pusat
undi?
2. menang sebab undi bangla?
eh, ko ingat BN menang majoriti
2-10 undi?? berapa banyak
bangla korang tangkap? ade
dapat 1,000 bangla kat satu
tempat mengundi? kalau menang
macam Dato' Tajuddin tu 7,000
majoriti, takkan bodoh sangat
ko tak boleh nak nampak 7,000
bangla beratur mengundi? satu
kampung boleh bau ketiak
laaaaa.
3. ada indon undi 2 kali?
buktinya jari kiri dan kanan ada
kesan calitan dakwat biru. aik?
bukan abah ko kata tenyeh
pakai sabun mandi pun boleh
hilang ke? kenapa indon tu dan
petugas SPR sengaja nak
kantoikan diri pergi calit kiri-
kanan? kenapa indon tu tak cuci
pakai sabun dan kemudian keluar
mengundi balik?
4. kenapa bangla? kenapa tak
cina dari china? kenapa tak
orang indonesia? kan lebih
mudah nak tipu. kalau cina tu,
muka pun sama penyek je. kalau
indon tu, sama je macam muka
orang melayu. siap boleh cakap
melayu lagi fasih daripada cina
malaysia lagi! kenapa
banglaaaaa?????
5. ok lah. KATALAH, betul isu BN
terbangkan 30,000 bangla naik 4
pesawat tempah khas. BN
sanggup bersusah payah, dengan
risiko kantoi lagi, dengan kos
tinggi, dengan pelbagai-bagai
masalah, tapi demi nak menipu
PRU, BN sanggup!! takkanlah
Pakatan Rakyat tak sanggup
nak upah seorang dua bangla
RM1,000, bagi ic palsu, calit jari
dia dan suruh dia berlegar-legar
di kawasan pembungan undi. bila
ditangkap, ajar dia jawab "ini BN
punya kerja". mana lagi mudah
nak buat??
6. apa ke bahalol wakil parti
daripada PR? mengulat? makan
gaji buta? pergi meliwat?
melayan perempuan simpanan?
waktu proses undi tu, wakil
parti PR tak boleh nampak
penipuan? nama aku dipotong
pada EMPAT senarai berbeza.
takkan la tak perasan.
7. Di Putrajaya, beribu orang
kerajaan yang sokong PR.
mereka elok sahaja mengundi
Husam Musang. sama juga dalam
SPR. MESTI ada penyokong
mereka. takkan la pengundi PR
yang berkhidmat di SPR tengok
saja kalau berlaku penipuan?
8. isu dakwat kekal. adakah itu
satu-satunya mekanisma
mengenalpasti pengundi? ic?
senarai nama? no saluran? tapi,
sebab itulah penggunaan dakwat
kekal ni dicadangkan oleh ahli
cerdik pandai PR. sebab mereka
tahu yang dakwat ini mustahil
akan kekal dan akan
menimbulkan keraguan,
pertikaian orang. memang inilah
yang mereka mahukan. isu ini
adalah sebahagian daripada
persediaan mereka bila kalah
PRU13.
******************
macam ni lah wahai golongan tak
faham bahasa ni. terimalah
kekalahan walaupun pahit. ya,
aku akui. memang nampak
sokongan berat kepada PR.
Bilangan undi pun lebih banyak.
tapi itulah kelemahan
(kecantikkan) demokrasi.
keputusan mewakili kehendak
kawasan setempat.
Sebab itu aku tergelak kecil
melihat budak-budak kampung
(Kg.Gajah) beria-ia mengangkat
sepanduk turunkan harga
kereta dan hapuskan tol. berapa
banyak kereta atuk-atuk dan
opah-opah tu nak beli? baik
mereka beli gigi palsu. sebab itu
juga membuktikan, kenapa
manifesto tak logik populis ini
hanya diterima di bandar-
bandar.
******************
sudah jadi lumrah.
anwar cakap mahkahmah penipu.
mahkamah adalah alat umno.
tapi bila kes liwat dia menang,
kenapa diterima pula keputusan
menipu itu?
Anwar cakap PRU13 dicatur BN.
Berpuluh lagi kerusi PR menang,
bapak yahudi ko catur?


Tuesday, May 7, 2013

Sarawak Vs Sime Darby

KUCHING: Sarawak coach Robert Alberts is pushing his players to raise their level of understanding during matches to strike the right combination.
He believes Sarawak need to improve and play better than they did during the last match.
“Communication is important to find the right combination when playing. The team needs to have good combination plan especially when planning attacks,” he added.
The coach does not want the Crocs to miss the opportunity to dislodge Sime Darby FC from the Premier League top spot this Friday.
Sarawak currently lie in second place in the Premier League with 34 points, two behind the league leaders after 14 games played so far.
But he knows that it will not be an easy task.
Last Friday, Sarawak had to come from behind to win 2-1 against SPA Putrajaya FC.
“It was a poor performance by the team during the first half. We did not find the right combination to split the opponents’ defence and we were punished for that,” he said.
He added that should Sarawak played like they did in the first half against Sime Darby FC, his team can kiss goodbye to their dreams of becoming Premier League champions.
Alberts, however, felt that with the introduction of Junior Eldstal in the second half last Friday, the game got better for Sarawak.
According to him, Eldstal was only introduced in the second half as he was planning to rest the player for the coming match against Sime Darby FC.
Sarawak subsequently added two goals in the second half thanks to a Guy Bwele free-kick taken just at the edge of the SPA Putrajaya FC penalty box and a header by Bobby Gonzales.
Sarawak will play Sime Darby FC this Friday at the Stadium Negeri at 8.15pm.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/06/sarawak-prepare-for-clash-with-sime-darby/#ixzz2SXJ7mBEP

PRU 13

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Keputusan penuh pilihan raya umum ke-13 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang 89 kerusi.

Keputusan terakhir diterima pada 4.15 pagi melibatkan Parlimen Kapar dan Subang di Selangor, yang kedua-duanya dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN menang 25 kerusi di Sarawak, 22 di Sabah, 21 di Johor, 12 di Perak, masing-masing 10 di Pahang dan Kedah, masing-masing lima di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, serta masing-masing empat di Melaka dan Terengganu.

BN juga memenangi masing-masing tiga kerusi Parlimen di Perlis dan Pulau Pinang, dua di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu di Putrajaya dan Labuan.

DAP pula memenangi 38 kerusi Parlimen, masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat di Johor dan Selangor, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing satu di Melaka dan Pahang.

PKR memenangi 30 kerusi Parlimen, sembilan di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

PAS memenangi 21 kerusi Parlimen, sembilan di Kelantan, masing-masing empat di Terengganu dan Selangor, dua di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Pahang.