Kemeriahan pesta BIFK di bintulu baru-baru ini memang sungguh meriah dengan kehadiran orang ramai dan peserta dari luar negara.Suasana yang berwarna - warni ini menarik ramai pengunjung dari setiap pelusuk kampung di bintulu dan warga asing yang turut memeriahkan pesta ini.Kelibat si comel juga menarik perhatian orang ramai.
BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu edisi kelapan berlangsung di tapak Lapanga lama bintulu
Sebanyak 22 buah negara membabitkan 87 peserta terdiri daripada Jepun, New Zealand, Australia, China, Taiwan, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Perancis, Itali, Kemboja, Filipina, Korea, Jerman, England, Amerika Syarikat, Belanda, India, Switzerland, Kanada, Sweden dan Greek telah mengesahkan penyertaan masing-masing bagi kategori antarabangsa.
Di samping itu, peserta antarabangsa juga akan turut bersaing dalam 1st Asia Pacific Sport Kite Championship Bintulu (Dual Line) pada 26 hingga 29 September, bermula jam 2 hingga 5 petang.
Dalam pada itu, seramai 57 peserta dari Sarawak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Melaka, Wilayah Persekutuan, Perlis dan Terengganu turut mengesahkan penyertaan bagi kategori kebangsaan.
Festival itu adalah anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan kerjasama Pejabat Residen dan Daerah Bintulu, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) serta Agensi-agensi, Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Acara lain yang turut diadakan ialah persembahan layang-layang moden dan tradisional peringkat kebangsaan, layang-layang besar dari peserta antarabangsa dan kebangsaan, demonstrasi membuat wau tradisi, pertandingan wau ROKAKU Korporat, bengkel layang-layang awam, pertunjukan ‘stunt kite’ berirama, Lolipop Drop (kanak-kanak) dan menerbangkan layang-layang pada waktu malam.
Diikuti pertandingan layang-layang naga tertutup Bintulu untuk persatuan Cina, pertandingan masakan tradisional, peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan karaoke, persembahan kebudayaan, nyanyian dan sebagainya.
Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dijangka akan merasmikan festival tersebut pada 27 September (esok) dan turut dihadiri oleh Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.
Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah dijangka turut menyaksikan persembahan layang-layang pada 29 September ini.
Penganjuran festival itu bertepatan bagi membantu mempromosikan Tahun Melawat Sarawak 2012 dengan menyaksikan kehadiran peserta-peserta antarabangsa dari pelbagai negara, sekali gus menjadikan sukan layang-layang sebagai satu cara interaksi antara pelbagai kaum dan bangsa seluruh dunia.
Festival itu juga untuk merealisasikan slogan 1Malaysia melalui sukan layang-layang selain membuka peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil mempromosikan produk dan masakan tradisonal tempatan serta menjadikan bandar Bintulu sebagai destinasi pelancongan bagi masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/09/25/festival-layang-layang-antarabangsa-borneo-bintulu-bermula-hari-ini/#ixzz2AwhPz6VO
No comments:
Post a Comment