Thursday, November 1, 2012

Kecurian Kabel Elektrik

Sejak akhir-akhir ini banyak berlakunya kecurian kabel elektrik.Tapi jarang kita dengar di dada media masa.Adakah ia tidak diambil tindakan oleh badan-badan berkuasa atau hanya di mulut Masyarakat sekitar.Seperti yang kita maklum,projek bekalan elektrik luar bandar banyak telah dijalankan di Sekitar kuching dan bahagia-bahagia bandar lain di sarawak.Kos yang diperuntukan oleh kerajaan untuk rakyat telah dimusnah oleh orang yang tidak bertanggungjawap ini.Ini sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak-pihak berkuasa.Kemudahan yang diperuntukan kepada diganggu gugat.Harapan ingin menikmati Kemudahan seperti bekalan api untuk penduduk kampung hanya tinggal nama dan harapan.Bukan hendak menunding jari pada sesiapa,cuma hendak menegakkan keadilan.
(ENGKILILI: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Engkilili Dr Johnnical Rayong memberitahu bahawa perlaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bagi tahun 2011 kawasan pedalaman terutamanya di konstituensi Engkilili terus diperhebatkan.
Beliau berkata, sejumlah RM1,756,843 peruntukan RES buat Rumah Karak, Rumah Ameh dan Rumah Ungin dalam kawasan Setengin, Lubok Antu pada tahun ini.
Di samping itu sejumlah RM3,613,325.44 untuk Rumah Mujan, Rumah Murad, Rumah Ripong dalam sepanjang Jalan Murad, jelas beliau.
Begitu juga di sepanjang Jalan Skrang, Pelasok, Engkilili, Rumah Empading, Bunu, dan Rumah Pais, Skrang akan mendapat peruntukan RM2,516,173.15 untuk tujuan yang sama.
“Saya berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapat peruntukan daripada pihak atasan bagi memastikan rakyat saya di sini mendapat RES,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Majlis Pecah Tanah di Rumah Dudong, Murad, Skrang dalam kawasan Engkilili, kelmarin.
Menurutnya lagi, sekiranya RES ini sudah siap dilaksanakan kelak, maka semua penduduk yang tinggal di kawasan itu akan mendapat bekalan 24 jam.
Sehubungan itu Dr Rayong mengajak rakyat di Engkilili agar terus menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan mereka akan menerima projek pembangunan yang berterusan nanti.
“Apa yang penting ialah jangan dengar segala tohmahan pihak pembangkang mengenai BN kerana hanya kerajaan sahaja yang mampu menaik taraf hidup rakyat terutamanya di kawasan pedalaman.
Turut hadir dalam majlis itu Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau dan ketua-ketua masyarakat sekitar Engkilili.
Print Friendly


Read more: http://www.theborneopost.com/2011/03/02/projek-bekalan-elektrik-luar-bandar-di-engkilili-diperhebatkan-tahun-ini/#ixzz2AwDz0v5l

No comments:

Post a Comment