Sunday, February 26, 2012
Monday, February 13, 2012
Rita Tabah Menghadapi Dugaan
SIAPA yang mahu kisah rumah tangga menjadi berita utama akhbar dan media, namun itulah rencah yang harus ditelan aktres jelita Rita Rudaini Mokhtar, 36, apabila bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.
Bahagia yang diharapkan, air mata menjadi peneman. Rita yang ditemui di kediamannya pada hujung minggu lalu mengakui hati wanitanya terguris dan menangisi apa yang berlaku terhadap rumah tangganya.
“Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah menangis atau bersedih dengan apa yang berlaku. Saya menangis untuk lepaskan segala beban yang ada di dalam hati.
“Selepas itu saya boleh berfikir dengan selesa dan rasional. Jika saya pendam, kepala saya lagi berserabut. Setiap orang yang berkahwin mengharapkan kebahagiaan tetapi mungkin sudah ini bahagian saya yang diberikan Allah. Saya terima dan laluinya dengan reda,” katanya sambil memangku anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia tiga tahun.
Bukan sekali tetapi kali ini sudah kali kedua rumah tangganya dilanda ribut sebegini. Pada Oktober 2010, Aidil membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.
Kemudian pada 20 Januari lalu, selepas Aidil keluar dari rumah mereka, Rita telah menerima surat tuntutan berhubung anak-anak mereka daripada Aidil dan kini perkara itu telah diserahkan kepada peguam yang dilantik oleh Rita. Sebelum itu, Rita terlebih dahulu telah ‘berperang’ di Twitter dengan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah.
Biasa hidup berdiikari
Meskipun bertimpa-timpa masalah rumah tangga dan hubungan bersama keluarga mertua melanda Rita, namun ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang baru berusia sembilan bulan itu kekal tabah mengharungi segala pahit manis kehidupan berumah tangga.
“Apapun masalah, tidak kisahlah rumah tangga atau masalah lain, besar atau kecil masalahnya, saya kena hadapi dan selesaikan dalam keadaan yang tenang.
“Saya sudah biasa hidup berdikari, sendirian dan tidak bergantung kepada orang lain, jadi saya boleh terima. Pengalaman yang lepas-lepas saya jadikan pengajaran dan panduan untuk saya,” ujarnya yang popular dengan filem Mami Jarum.
Disoal di manakah dia mencari kekuatan untuknya terus berdiri dan menghadapi segala cabaran yang datang, balasnya sambil merenung panjang: “Kekuatan adalah diri saya sendiri dan bila ada anak, kekuatan itu bertambah.
“Saya kini bukan sahaja perlu tabah untuk diri sendiri tetapi juga anak-anak yang memerlukan perhatian saya kerana mereka masih kecil. Saya tidak mahu masalah saya dan suami menjejaskan anak-anak.”
Sebelum bernikah dengan Aidil, Rita pernah bergelar janda selama tujuh tahun. Andai kata kemelut rumah tangganya tidak surut dan berakhir dengan perceraian sudah bersediakah Rita untuk hidup sekali lagi tanpa suami di sisi?
Lama termenung memikirkan jawapan yang tepat barangkali, jawab Rita: “Saya seorang yang berdikari, apa sahaja yang berlaku saya akan memandang ke depan dan tidak akan sesekali toleh ke belakang.
“Tidak ada orang yang berkahwin mahu bercerai, tetapi saya bersedia dan kekal positif dengan segala kemungkinan yang ditentukan Allah. Harapan saya hanya satu, walaupun apapun yang terjadi, saya hanya ingin yang terbaik untuk saya dan anak-anak, itu sahaja.”
Hampir sebulan Aidil tidak pulang ke rumah, kata Rita yang tinggal bersama dua anaknya bersama seorang pembantu rumah, dia tidak pernah menghalang suaminya berjumpa anak-anak kerana sehingga kini mereka masih pasangan suami isteri.
“Walau apa yang terjadi, Aidil pada mata saya tetap seorang ayah yang baik, dia memang sangat sayangkan anak-anak dia,” tuturnya.
Sikap terbuka
Apabila rumah tangganya dilanda badai, Rita tidak mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya dia cukup terbuka dalam memberi kenyataan kepada pihak media.
Impaknya, satu Malaysia tahu rentetan rumah tangganya. Rita bukan sengaja mencari kontroversi, apatah lagi kisah yang dipaparkan media adalah kisah rumah tangganya sendiri.
Bagaimanapun, Rita mempunyai sebab untuk berbuat demikian, sebabnya dia enggan hipokrit dengan dirinya dan juga orang di luar sana.
“Saya artis, orang kenal saya. Kalau saya sembunyikan perkara sebenar, lambat-laun orang tahu juga. Saya bercakap benda yang betul, daripada perkara ini keluar daripada mulut orang lain adalah lebih baik keluar daripada mulut saya sendiri, faktanya lebih tepat.
“Memang benar orang kata saya buka aib sendiri tetapi kalau itu perkara yang betul dan benar-benar terjadi kenapa saya harus sembunyikan. Akhirnya orang akan tahu juga, lainlah kalau saya ini bukan artis, saya berkahwin atau bercerai dan apa sahaja yang berlaku pada saya tiada siapa yang ambil peduli tetapi hakikatnya bukan begitu,” bicaranya lagi.
Masalah rumah tangga yang dihadapinya sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Sungguhpun begitu, Rita memastikan masalah itu tidak mengganggu kerjaya seninya.
“Memanglah bila bekerja emosi saya melayang daripada masalah yang saya hadapi. Masalah tidak akan pergi tetapi harus diselesaikan, sebab itu saya harus kekal positif.
“Tetapi bila bekerja, saya tidak akan mencampurkan masalah peribadi dengan kerjaya. Bagaimana besar masalah saya, kerja tetap kerja kerana itu sumber rezeki saya,” katanya yang akan terlibat membintangi drama Dan Bila Esok dalam slot Azalea di TV3.
Kosmo
http://www.harian-metro-online.com/pemain-bola-telan-75-kondom-berisi-syabu
SEPANG – Seorang warga Nigeria dipercayai pemain sebuah kelab bola sepak di negara itu ditahan selepas cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM200,000 dalam 75 kondom ke negara ini pada 9 Februari lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu yang baru tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria ditangkap selepas dikesan menyembunyikan 75 bungkus dadah jenis syabu.
Tergamam lihat sejadah sujud
Tergamam lihat sejadah sujud
PAYA PASIR – “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.
Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.
Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
Wanita lemas ketika berenang by Sandy Mark Luna. Posted on February 13, 2012, Monday Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/13/wanita-lemas
Hari Keluarga sebuah syarikat bertukar tragedi apabila seorang pesertanya lemas
KUCHING: Sambutan Hari Keluarga sebuah syarikat tempatan bertukar tragedi apabila salah seorang pesertanya, mati lemas semalam.
Sambutan berkenaan diadakan di kawasan pantai persendirian milik salah satu pusat peranginan terkemuka di Santubong, dekat sini.
Menurut rakannya yang enggan dikenali, mangsa merupakan kakitangan di bahagian Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berumur 34 tahun.
Katanya, mangsa sedang dalam tempoh bercuti kerana ingin menyertai Hari Keluarga tersebut.
“Dia sebenarnya pandai berenang, tetapi mungkin ombak terlalu kuat,” katanya.
Dalam insiden sekitar jam 4 petang itu, para peserta yang sekitar 20 orang itu sedang bermain-main di pantai apabila air mula pasang dan menarik mangsa bersama seorang lagi kawannya ke dalam laut.
Difahamkan mangsa dan kawannya itu berada agak jauh dari pantai namun ‘kehilangan mereka’ itu disedari oleh rakan-rakan.
Tindakan pantas pengawal pantai pusat peranginan itu yang sentiasa berada dalam keadaan bersedia, bagaimanapun hanya sempat menyelamatkan salah seorang daripada mereka.
Mangsa yang berasal dari Kampung Bintawa Hulu hanya berjaya dijumpai lebih 15 minit kemudian.
Wanita itu disahkan meninggal dunia sekitar sekitar jam 6 petang semalam setibanya di HUS.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/13/wanita-lemas-ketika-berenang/#ixzz1mFnQo8rV
Pensyarah ditemui mati dalam keadaan memilukan Posted on February 10, 2012, Friday
BEDAH SIASAT: Pihak polis mengangkat mayat mangsa untuk dibedah siasat.
KUCHING: “Suami saya tidak bersalah… saya stres”. Begitulah nota terakhir yang telah ditinggalkan oleh seorang wanita sebelum ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di sini, lewat petang kelmarin (Rabu).
Tambah memilukan lagi apabila mayat Azizah Sapawi, 42, seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam ditemui oleh anak sulungnya sendiri yang baharu berusia 11 tahun di bahagian dapur rumahnya dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah rumah yang didiami mangsa bersama keluarganya di Synergy Garden di Jalan Matang-Batu Kawa.
Menurutnya, mangsa telah ditemui mati dengan tikaman pisau di bahagian tengah lehernya serta cedera di bahagian lengan kanan akibat ditebuk dengan alat dipercayai gerudi elektrik.
Bagaimanapun insiden tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat kerana siasatan awal menunjukkan tiada berlaku sebarang perbuatan berunsur jenayah.
Tambah Roslan lagi, suami mangsa, iaitu seorang juruteknik di sebuah universiti swasta memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan murung sejak tiga minggu lepas.
Akibat itu, dua hari lepas, mangsa telah dihantar ke sebuah klinik dan diberikan cuti sakit sebelum dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Kota sentosa.
Menurut si suami, kali terakhir mangsa dilihat masih bernyawa sekitar jam 7.45 pagi ketika beliau ingin menghantar tiga orang anak mereka yang berusia 11, lapan dan lima tahun ke rumah ibu bapanya selepas melihat keadaan isterinya yang tidak lagi bermaya.
Apabila pulang pada jam 6.15 petang selepas mengambil anak mereka, si suami telah mendapati pintu pagar hadapan rumah mereka berkunci dan membunyikan hon kereta sebelum bertindak memanjat pintu pagar itu dan mengambil kunci untuk membuka pagar tersebut.
“Beliau (suami) kemudian membawa anaknya masuk dan kemudiannya mendengar anak sulungnya menjerit ‘mama’ menyebabkan dia yang sudah berada di tingkat atas rumah tersebut bergegas turun dan melihat isterinya dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di satu bilik di bahagian dapur yang dijadikan stor,” kata Roslan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ketika ditanya pemberita mengenai kejadian tersebut semalam.
Laporan polis telah dibuat dan siasatan berhubung kejadian telah dilakukan oleh pegawai penyiasat serta pasukan forensik di tempat kejadian.
Sementara itu, rakan sekerja mangsa yang bergegas ke tempat kejadian memberitahu bahawa dia terkejut dengan kejadian tersebut dan menyifatkan mangsa seorang yang peramah dan mesra serta disukai di tempat kerja.
Pihak polis akan meneruskan siasatan sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Share this:
<< Previous Entry - Next Entry >>
LikeNo
Post as …
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/02/10/pensyarah-ditemui-mati-dalam-keadaan-memilukan/#ixzz1mBadtblu
Friday, February 10, 2012
ITULAH ISLAM
"(ketika di Istanbul) Laungan azan yang berlaku lima kali sehari, dan untuk minggu pertama, ia mendorong anda gila, dan kemudian ia hanya masuk ke dalam semangat anda, dan ia adalah yang paling cantik, benda yang indah.Terdapat 4,000 masjid di bandar. Ada yang hanya menakjubkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir tentang menjadi seorang Muslim. '
Pengakuan beliau ini tentunya diterima baik oleh fans beliau yang beragama Islam. Walaupun dibesarkan seorang Katolik, Liam mengaku beliau sering mencari-cari kebenaran dalam agama. Beliau gemar membaca buku berkenaan ketuhanan dan atheism dimasa lapang. Semasa berlakon filem Chronicles of Narnia beliau membuat kenyataan yang menyinggung perasaan penganut Kristian apabila mengatakan karakter singa ASLAN didalam filem Chronicles of Narnia ialah simbolik kepada semua ketua agama termasuk Nabi Muhammad. Ianya bukan hanya mewakili Jesus Christ seperti yang dinyatakan oleh C S Lewis, pengarang buku tersebut yang merupakan seorang alim Kristian
What do you guys think? I think it is bad ass Qui Gon Jin ,Aslan and Zeus want to be a Muslim.
Zahia Dehar(http://blogserius.blogspot.com)
Zahia Dehar ialah seorang wanita Perancis berketurunan Morocco yang menjadi terkenal suatu ketiuka dulu kerana terbabit didalam skandal seks membabitkan pemain bolasepak Perancis. Beliau mengaku dilanggani Franck Ribery, Karim Benzema dan Sydney Gouvou dengan bayaran EUR 2000 walaupun ketika itu beliau berumur 16 tahun. Walaupun pelacuran adalah dibenarkan di Perancis, hanya wanita berumur 18 tahun keatas dibenarkan melacur. Skandal ini hampir mengakibatkan Franc Ribery dipenjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur. Just so u know, Franc who is a muslim is a married man also! HAH!
Anyways Zahia Dehar menggunakan skandal ini untuk mengubah gaya hidup. Beliau berhenti melacur dan kini menjadi model serta pereka pakaian dalam. Semalam beliau mempamerkan koleksi pakaian dalam beliau di Paris Fashion Show. Baguslah tidak melacur lagi. Kembalilah ke jalan yang benar. LOL
Kerja
- The Job or workplace was not as expected. - Pekerjaan dan tempat kerja tidak seperti yang diharapkan.
- The mismatch between job and person. - Kesalahan dalam memilih/menentukan pekerjaan dan pekerja.
- Too Little Coaching and feedback. - Sedikit Tunjukajar dan respon/maklumbalas.
- Too few growth and advancement oppurtunities. - Sedikit perkembangan dan peluang untuk terus maju.
- Feeling devalued and unrecognized. - Terasa tidak dinilai dan dihargai seadilnya.
- Stress from overwork and work-life imbalance. - Stress yang melampau dan kegagalan mengimbangi kehidupan dan pekerjaan.
- Loss of trust and confidence in senior leaders. - Hilang kepercayaan dari mereka yang lebih 'seniors'