Wednesday, April 11, 2012

Inilah Akibat Mengunakan Telefon sewaktu Sedang DI Charge

NGERI ! - (3 Gambar)
TAOTAUAJER - Dahsyat tak sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku sangat merbahaya. Dimana kejadian seperti ini telah meragut jiwa seorang lelaki yang menggunakan handphone sewaktu handphone tersebut di Charge.



Saksikan gambar di bawah ini dan kisah tersebut....

AWAS!

1. "Jangan charge handphone anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat dengan anda ketika mencharge."

2. "Jangan korang menjawab panggilan masuk ke handphone sewaktu sedang di charge!!"





Ada satu kes kemalangan dimana, seorang lelaki sedang mencharge handphone di rumahnya. Pada waktu yang sama, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya sewaktu handphone tersebut masih tersambung dengan wayar charger yang mengalirkan arus elektrik.

Setelah beberapa saat, arus elektrik masuk ke handphone tersebut tanpa disedari dan lelaki tersebut tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya. Family nyer bergegas masuk ke bilik lelaki tersebut danmendapati lelaki tersebut pengsan, dengan jantung yang lemah dan jari terbakar.

Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak tertolong lagi" ketika sampai dirumah sakit.

Disebabkan kejadian tersebut lelaki tu Mati...


Dengan itu tao menasihatkan juga korang berhati-hati lah sewaktu menggunakan barangan elektrik, dan kalau korang nak tau Laptop juga mempunyai potensi untuk berlaku seperti ini.

Islam Ku

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
TAOTAUAJER - Disini tao nak kongsikan kepada korang semua tentang satu dialog yang menceritakan "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"


"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"


"Baitullah tu apa?" ...


"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"


"Tak....."


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."


"Kamu sembah apa?"


"Saya sembah Allah swt"


"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"


"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."


"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."


"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"


"Pernah...... selalu.."


"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"


"Tengok perlawanan bola la.."


"Di mana?"


"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."


"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."


"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."


"So..?"


"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"


"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."


"Peliknya.."


"Sebab apa pulak pelik?"


"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."


"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."


"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"


"Ya.. tak pelik.."


"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Melayu Ku

- Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?
TAOTAUAJER - Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri macamana mereka makan.

Gambar hiasan

Contohnyer orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garpu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Okay Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Kalau korang nak tau soalan ini telah terjawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang............. !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

Pembongkaran Angry Bird di Dunia Nyata


TAOTAUAJER - Siapa yang tak tau dengan permainan Angry Birds yang kini digemari semua kalangan pecinta game, dan Dianggap Fenomena sepanjang tahun ini. Tapi korang tau tak? dimana kesemua karakter yang terdapat di dalam game Angry Bird tersebut terdapat di alam nyata.


Seorang mahasiswa berasal India, Mohamed Raoof, ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa karakter pada aplikasi permainan popular tersebut adalah nyata. "Saya pikir saya telah menemukan karakter mereka," kata Mohamed.

Permainan untuk smartphone yang telah mengaut sebanyak 500 juta kali ini menampilkan sejumlah karakter burung.

Yang terpopular karakter burung merah dengan alis hitam yang khas. Burung maskot utama game ini juga memiliki jambul merah dan paruh berwarna kuning. Di bagian dadanya pulak ditumbuhi bulu berwarna putih.

Untuk angry bird yellow, pertama kali dikenalkan pada level 1-16 episod pertama "Poached eggs". Burung ini punya kemampuan untuk melaju dengan cepat dan sangat baik untuk menghancurkan kayu. Di dunia nyata, burung ini tak jauh berbeza dengan karakter di dalam game tersebut. Alis cokelat tergambar jelas di atas matanya dan memiliki jambul yang berwarna cokelat kehitaman.

Begitu pula dengan burung biru dengan bulu yang stylish. Di game, burung berukuran yang paling kecil ini boleh membagi diri menjadi tiga burung jika di picu dengan cara menyentuh skrin sewaktu sedang ditembakkan. Karakter ini sangat efektif untuk menghancurkan kaca. Sementara di dunia nyata terlihat warna biru merata di seluruh tubuhnya. Namun bulu biru di dadanya lebih cerah di banding di kepalanya.

Dan untuk ketiga karakter lainnya berasal dari burung-burung yang sering terlihat di sekitar laut. Demikian seperti dilaporkan laman The Sun, Khamis (10/11).

Kenapa Chewing Gum diharamkan di Singapore



TAOTAUAJER - Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum telah diharamkan di Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita,Kenapa Chewing Gum diharamkan di Singapore.



Begini cerita nya dimana PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam.

Mula-mula diorang makan udang,

PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?”
Lepas tu diorang makan limau plak.

PM Singapore Tanya lagi ” Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?”

Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje”

PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand”
Last sekali, diorang makan chewing gum,

seperti biasa PM Singapore pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?”

Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje”

PM Singapore: “ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadi kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand”

Raja Siam plak Tanya: “apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?”

PM Singapore jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.”

Raja Siam: “ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore”

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam” dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.

Hahaa LOL!


.